Proflie of Mujahidin

My photo
just a man that wanted to be a mujahidin

Ya Ikhwanil Muslimin

Saturday, April 4, 2009

Jihad Di Bumi Al-Aqsa





Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (Al-Baqarah :120)

Kepentingan Palestin[AL-AQSA]

"Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. " (Isra’ :1)

Jika kita melihat kedudukan surah Al-Isra’ ini ditengah-tengah Al-Quran , iaitu permulaan juzu’ 15 seolah-olah menceritakan kepada kita kepentingan Masjidil Aqsa sebagai syiar umat Islam dan isu Al-Quds merupakan isu penting umat Islam.

Sabda Rasulullah SAW,

Akan senantiasa ada segolongan dari umatku yang menegakkan kebenaran dan berjuang menentang musuh mereka, barangsiapa yang cuba menghampakan mereka tidak akan sesekali dapat menghapuskan mereka, mahupun kesusahan menimpa mereka sehingga datang keputusan Allah, Para Sahabat bertanya “Wahai Rasulullah dimanakah mereka?, Rasulullah SAW menjawab “ mereka berada di Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis” (Musnad Ahmad)

Adakah peperangan di Palestin merupakan usrusan kita?

Ya ia urusan kita. Mereka merupakan saudara seIslam kita dan kita disatukan di bawah akidah yang satu. Kita wajib membantu saudara kita yang sedang ditindas.

Di dalam hadis yang sahih yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A

Rasulullah SAW bersabda “ Jangan kamu hasad dengki, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya.Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya (Muslim-2564)

Para pemuda-pemuda di Palestin telah pun menyahut seruan jihad demi mendapat tempat diantara para Syuhada'..Mereka bersungguh-sungguh untuk mempertahankan tempat Kiblat pertama Umat Islam[Masjidil-Aqsa] dan perjuangan di Palestin bukan hanya terbatas kepada bangsa Palestin sahaja malah seluruh Umat Islam di Dunia ini dan Salahuddin Al-Ayubi telah membuktikannya.

dan pejuang-pejuang di Palestin akan meneruskan perjuangan mereka hingga ke titisan darah yang terakhir!! Ayuhlah kita sahut seruan jihad itu dan membuktikannya dengan pelbagai cara jika kita tidak terdaya untuk kesana..............


Dan selamat berjuang kepada saudaraku di Palestin

4 comments:

  1. wah semangat ye mujahidin seorang ni. tp kena mujahid juga depan komputer

    abg ~ sarawak

    ReplyDelete
  2. allahHu akbar....allahHu akbar...
    hancurkan kafir2 amerika serikat dan sekutunya....

    ReplyDelete
  3. dengan nama allah yang maha pemurah menangkanlah kami, amin........

    ReplyDelete