Proflie of Mujahidin

My photo
just a man that wanted to be a mujahidin

Ya Ikhwanil Muslimin

Friday, May 22, 2009

Kita Ditipu


Dalam arus global ini, umat Islam diuji dengan pelbagai rintangan dan dugaan duniawi. Musuh kita yang terbesar bukanlah Amerika dan sekutunya tetapi orang yang digelar sebagai 'saudara' kita iaitu SYIAH. Syiah diasakan oleh Abdullah Ibnu Saba' dan inilah perkara yang dilakukannya untuk meneruskan agenda jahatnya terhadap saidina Ali r.a.
  • Meraka berjaya mendahului khabar berita dengan memberitahu berita pembunuhan Usman kepda Muawiyah di Syam. Dengan berita ini, Ali kelihatan seakan-akan berpakat dengan mereka. Petunjuk kebenaran perkara ini adalah Ali menjadi pemimpin selepas Usman. Mereka menganggap, Ali merancang pembunuhan Usman bagi menjadi pemimpin. Drpd segi pertalian keluarga, Muawiyah pula berasal daripada Bani Umawi. Beliau mempunyai pertalian darah yang rapat dengan Usman. Atas faktor ini, beliau menolak Ali sebagai khalifah dan mengisyitiharkan penentangan serta tidak mahu untuk menerimanya.
  • Semasa Aisyah keluar dari Mekah ke Basrah, beliau meminta orang Islam menuntut supaya para pemberontak dihukum kerana mereka membunuh Usman selepas beliau mendapati pemimpin tidak mampu menghadapi pemberontakan di Madinah. Talhah dan Zubair juga keluar bersama. Berita ini sampai kpd Ali bahawa mereka menolaknya. Ini juga adalah fitnah. Menurut rekod Tabari, Ali sendiri keluar ke Basrah. Para sahabat ada bertanya kepadanya, "Wahai ketua orang Islam, apa yang kamu mahukan dan kemana kamu ingin pergi?" Maka beliau menjawab, "Saya ingin memperbetulkan keadaan dan mengajak sahabat-sahabat Aisyah supaya mereka mengikut kita." Mereka bertanya,"Jika mereka tidak mahu mengikut kita?" Ali menjawab, "Kita tinggalkan mereka dengan alasan mereka. Kita berikan hak mereka dan kita teruskan perjalanan." Mereka bertanya, "Jika mereka tidak rela?" Beliau menjawab," Kita biarkan mereka jika mereka meninggalkan kita." Mereka berkata,"Jika mereka tidak mahu meninggalkan kita?" Beliau menjawab, "Kita berusaha menjauhi mereka." Mereka berkata, "Baiklah jika seperti itu."

Semasa Ibnu Sauda melihat orang ramai sedang bersepakat hendak berdamai, beliau berkata kepada para pengikutnya, "Jika Ali berbaik dgn Aisyah, demi darah2 kami dan kemulian kamu, kamu mesti bercampur denagn orang ramai. Masuklah kedalam kumpulan2 mereka. Esok, apabilarang ramai berjumpa, terus mulakan perang dan jangan kamu tinggalkan sedikitpun kesempatan bagi saling memahami kepda mereka."

Ini membuktikan Ali r.a. tidak berusaha untuk merubah keadaan dan manakala Zubair dan Talhah mengikut riwayat Ibnu Ishaq mempunyai agenda politik yang tinggi..dan itu merupakan fitnah terhadap para sahabat r.a. Satu lagi kisah yang kita telah ditipu 'hidup-hidup oleh Syiah yang diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam, anak murid Ibnu Ishaq iaitu pasal peristiwa hijrah Rasulullah ke Madinah.
  1. Nabi berhijrah dari rumah Baginda s.a.w pd waktu malam.
  2. Baginda s.a.w memerintahkan supaya Ali tidur di atas katil Baginda s.a.w pada malam berkelakunya hijrah itu.
  3. Orang2 kafir Quraisy mengepung rumah Nabi s.a.w pd malam itu dan pada keesokannya barulah mereka sedar bahawa yang tidur atas katil Rasulullah itu ialah Sayyidina Ali r.a.
  4. Sambil keluar dari rumahnya, Rasulullah menaburkan pasir atau tanah di atas kepala orang2 kafir dengan membaca ayat 9, surah Yasin.
  5. Cadangan supaya Rasulullah dibunuh disyorkan oleh Abu Jahal dan disokong oleh seorang orang tua Najdi dalam mesyuarat sebelum tindakan mengepung dan menyerbu rumah Rasulullah s.a.w.
Rujukan Utama Peristiwa Hijrah.
Rujukan utamanya ialah Muhammad Ibnu Ishaq melalui Ibnu Hisyam,Salamah al-Abrasy dan Waqidi, melalui Thabari dan Ibnu Sa'ad!![Lihat sirah Ibnu Ishaq m\s 221-223,sirah Ibnu Hisyam, j. 2 m/s 98-100 dan at-Thabari al-Kubra Ibnu Sa'ad, j. 1 m/s 175-177]

Imam Bukhari Tersisih
Jika seluruh umat Islam menganggap bahawa riwayat Bukhari merupakan yang paling sahih di sisi Ahlus Sunnah kenapa mereka melupakan riwayat Bukhari dalam bab Maghazi[sirah] yang secara khusus membincangkan tentang sirah Rasulullah s.a.w dan inilah kenyataannya. Imam Bukhari meriwayatkan dalam Shahih Bukhari jilid 12 bab hijrah ialah Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah pada waktu petang dan peristiwa Ali mengantikan tempat tidurnya tidak pernah wujud. Malah Abu Bakar dan keluarganya yang memainkan peranan penting dalam hijrah Baginda S.A.W.

Ini hanyalah penerangan dan penjelesan dan kamu semualah yang membuat keputusan diantara untuk memilih Sirah Ibnu Ishaq yang terkenal dengan sanadnya yang dhaif malah membuat hadis malah diragui oleh 95% oleh ulama'2 salaf atau Imam Bukhari yang dianggap oleh seluruh umat Islam sebagai yang tersahih selepas Al-Quran.

3 comments: