Proflie of Mujahidin

My photo
just a man that wanted to be a mujahidin

Ya Ikhwanil Muslimin

Thursday, May 7, 2009

Hilangnya Rasulullah dalam Peribadi Muslim




Islam mencapai kemuncak kegemilangannya sehingga dimana seluruh masyarakat menggerumuni dunia Islam bagi menuntut ilmu, dimana Islam telah membina sebuah tamadun yang hebat dikala eropah melalui zaman gelapnya, dimana Islam memerintah 2/3 dunia. Bahasa Arab menjadi Bahasa Pengantara Dunia. Menerajui bidang kedoktoran, meneroka angkasa lepas dan mengkaji kerak-kerak bumi..... Apakah Rahsia Mereka sehingga mereka mampu kehadapan dan maju sehingga ketahap itu. Rahsia mereka ialah mereka melakukan semua pekerjaan seperti Allah berada di hadapan mereka dan Rusulullah sebagai Idola mereka......

عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَيْضاً قَالَ : بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ، وَلاَ يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ وَقَالَ: يَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَمِ، فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : اْلإِسِلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ وَتُقِيْمَ الصَّلاَةَ وَتُؤْتِيَ الزَّكاَةَ وَتَصُوْمَ رَمَضَانَ وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاً قَالَ : صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ، قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِيْمَانِ قَالَ : أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ، قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ . قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ، قَالَ: مَا الْمَسْؤُوْلُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ. قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ أَنْ تَلِدَ اْلأَمَةُ رَبَّتَهَا وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُوْنَ فِي الْبُنْيَانِ، ثُمَّ انْطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيًّا، ثُمَّ قَالَ : يَا عُمَرَ أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلِ ؟ قُلْتُ : اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَعْلَمَ . قَالَ فَإِنَّهُ جِبْرِيْلُ أَتـَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِيْنَكُمْ .

[رواه مسلم]

Arti hadits / ترجمة الحديث :

Dari Umar radhiallahuanhu juga dia berkata : Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Hingga kemudian dia duduk dihadapan Nabi lalu menempelkan kedua lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam) seraya berkata: “ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”, maka bersabdalah Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam : “ Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu “, kemudian dia berkata: “ anda benar “. Kami semua heran, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang Iman “. Lalu beliau bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk “, kemudian dia berkata: “ anda benar“. Kemudian dia berkata lagi: “ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” . Kemudian dia berkata: “ Beritahukan aku tentang hari kiamat (kapan kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya “, kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar. Kemudian beliau (Rasulullah) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya ?”. aku berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. Beliau bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian “.

(Riwayat Muslim)

Dari hadis inilah Rasulullah SAW mengajarkan kita tentang rukun Islam dan dari hadis ini jugalah kita tahu bahawa setiap perbuatan yang akan kita lakukan sentiasa kerana Allah. Namun malangnya ia sudah berlainan dengan situasi zaman sekarang dimana manusia yang bergelar muslim tidak lagi melakukan sesuatu 'ibadah' kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah namun hanya semata-mata kerana manusia. Ramai yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW sebagai idola mereka namun hanya segelintir sahaja yang meletakkan keperibadian dan akhlak Rasulullah didalam jiwa mereka dan mempraktikkannya. Sunnah dikatakan sebai ketinggalan zaman, hukum hudud dan qisas diwawarkan sebagai tidak bertamadun dan yang malangnya orang yang mengaku muslin sendiri yang mengeluarkan kenyataan ini. SUBHANALLAH............ Adakah kamu rasa mencuri, rogol, minum arak dan membunuh itu bertamadun....sudah tentunya tidak... jadi jika kamu kata tidak maka layaklah diberikan hukum hudud dan qisas yang kamu katakan sebagai tidak bertamadun itu untuk menghukum orang yang tidak bertamadun... Keruntuhan akhlak para remaja muslim diakibatkan tiadanya pendidikan dan penekanan tentang Keperibadian Rasulullah.. Di sekolah, pelajar dididik dengan pendidikan sivik yang kononnya mampu mengubah sasiah para pelajar namun hasilnya mungkin 0.50/100 yang menjadi. Ya, betul mereka dididik dengan pendidikan Agama Islam namun dari segi praktikalnya tiada apa yang dilakukan. Para pelajar tidak dibimbing untuk menuju ke jalan sasiah yang sebenarnya kerana apabila habis sahaja sesi pengajian Agama mereka sudah hilang...sedangkan untuk membentuk sahsiah mukmin memerlukan pengawasan berkala... Ini telah menyebabkan para remaja lupa tentang tanggungjawab mereka kerena mereka hanya dinasihati di dalam sesi pengajian sahaja. Dalam membentuk insan yang berbudi-budi pekerti seperti Rasulullah, suasana persekitaran memainkan peranan penting.... Persekitaran harian para remaja perlulaah dihiasi dengan 'sinaran sunnah Rasulullah SAW' dimana para remaja akan sedikit demi sedikit terasuh dengan Persekitaran Islam yang sebenar....... SALAM

No comments:

Post a Comment