
Sbenarnya kita sepatutnya mengimbas kembali kisah Nabi Yunus A.S. dimana Baginda telah dihumban kedalam laut oleh kaumnya sendiri. Namun adakah Baginda mencaci dan memaki kepada orang yang melakukan kejahatan terhadapnya? Tidak!!!! Malah beliau berzikir kepada Allah Yang Maha Agung. Di dalam Surah ad-Dhuha, Allah menghantarkan wahyuNya itu kepada Baginda untuk memulih dan membentuk kembali jati diri Baginda. Sebagai Seorang Muslim yang berada dalam akhir zaman, kita sepatutnya berasa beruntung kerana dugaan-dugaan yang ditimpa kita sama seperti mana yang ditimpa oleh Para Anbiya' seblum ini. Ini bermakna Allah ingin menguji ketaqwaan kita dan sejauh mana kita berharap pada pertolonganya. Allah menghantar Nabi Muhammad SAW bukanlah untuk mendidik umat manusia supaya menjadi manusia yang suka menyalahkan orang lain malah sebenarnya untuk berasa malu keatas diri sendiri tentang apa yang berlaku kepada Ummah. Contohnya: Kota Baitul Maqdis kembali bersinar selepas 600 tahun di bawah kegelapan. Ianya dibebaskan oleh seorang hamba Allah yang bernama Salahuddin al-Ayubi. Beliau mula mengatur langkah sedikit demi sedikit setelah merasakan bahawa keharmonian dan keamanan Ummah berada di dalam tanggungjawabnya dan berasa malu kerana umat Islam pada masa itu ditindas berhabis-habisan, dan Allah telah membantu perjuangan beliau kerana berkat doanya yang berterusan.


Cukuplah wahai saudaraku kita menunding jari kepada orang itu dan orang ini.. Bersamalah kita berada didalam jemaah untuk memerah idea bagi kegemilangan Ummah dan Agama Allah. Ayuhlah kita berada di saf-saf hadapan yang kukuh untuk mengetuai seruan jihad bagi menegakkan kalimah Lailahailallah!!!!!!!!!!! Takbir: Allahuakbar!!!!!!!!!!!
umat akhir zaman dalam golongan selesa dan "ada aku kisah???"
ReplyDeletehuhu