Proflie of Mujahidin

My photo
just a man that wanted to be a mujahidin

Ya Ikhwanil Muslimin

Tuesday, April 7, 2009

Harakat al-Muqawamah al-Islamiyah [HAMAS]



Harakat al-Muqawamah al-Islamiyah atau HAMAS merupakan sebuah parti politik yg memperjuangkan nasib rakyat Palestin. Ditubuhkan pd tahun 1987 oleh Syeikh Ahmad Yassin,Dr. Abdul Aziz al-Rantissi dan para sahabat mereka yang berkecimpung dalam arena dakwah Ikhwan Muslimin [IM] dan kemunculan HAMAS bukan secara kebetulan. Hamas menegaskan bahawa perjuangan mereka kembali kepada perjuangan Syeikh Izzuddin al-Qassam semasa revolusii Palestin 1936.







HAMAS mendapat bantuan kewangan dan moral dari IM sewaktu Revolusi Palestin 1936. IM juga melancarkan kempen 10 sen untuk rakyat Palestin di Mesir. Diantara matlamat perjuangan HAMAS ialah:
  1. Memerdekakan seluruh bumi Palestin dari sungai Jordan sehinnga ke Laut Mediteranean.
  2. Mendirikan negara Palestin bedasarkan prinsip-prinsip Islam
Popularity HAMAS semakin meningkat selepas perjanjian damai OLSO 1993 antara PA dengan rejim Zionis. Kebanyakan rakyat Palestin mula menyokong HAMAS disebabkan prinsip HAMAS untuk membela nasib rakyat Palestin. Diantara sebab-sebab lain rakyat Palestin 'berpaling tadah' terhadap FATAH ialah kerana pemimpin-pemimpin mereka yang korupsi.

Pada Mei 1990, Briged Izzuddin al-Qassam ditubuhkan bg mengganti Briged Mujahidun. Kali ini, ianya lebih berstrategi dan mempunyai disiplin yg lebih mantap. Ramai komando-komando muda seperti Basyir Hamad dan juga Imad Aqil yg menjadikan briged ini lebih aktif dan agresif.





Dengan tertubuhnya Briged al-Qassam, semakin rancaklah serangan balas yang dilancarkan terhadap rejim Zionis seperti konvoi dan pos kawalan. Namun harga yang perlu dibayar balik diatas kejayaan itu amat mahal. Ratusan yang gugur syahid dan beribu-ribu yang ditangkap dan dihumban ke dalam penjara rejim zionis. Namun semua ini diterima dengan redha oleh semua ahli HAMAS kerana ini melambangkan mereka komited untuk membela nasib Palestin dalam masa yang sama menghalau Rejim Zionis dari tanah air mereka.

Mereka memenangi pilihan raya pada 25 Januari 2006 dengan keputusan awal menunjukkan 75 kerusi dimiliki oleh HAMAS dan 43 kerusi oleh FATAH. Ini sudah cukup untuk menjadi bukti untuk menagkis tomahan pihak Barat terhadap HAMAS keran kemenangan HAMAS adalah kerana rakyat Palestin merestui perjuangan mereka.

3 comments: