Proflie of Mujahidin

My photo
just a man that wanted to be a mujahidin

Ya Ikhwanil Muslimin

Thursday, April 2, 2009

Nak Buat Maksiat? Boleh Tapi....


Nak buat kejahatan/maksiat? boleh tapi ada syaratnya.......

5 Syarat nak buat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata,
"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima
lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai
Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah,
jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya
berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki
Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih
mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar
larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata
kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya
dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.
Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi
yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan
berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak
melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih
berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan
meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,
katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan
melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera
tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi
permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan
mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari
kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau
malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat
nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak,
sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak
tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini
akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Adakah kamu semua mampu mematuhi semua syarat itu???? jika mampu Tafaddal ilaih
Sudah tentunya tidakkan>>

2 comments: