Proflie of Mujahidin

My photo
just a man that wanted to be a mujahidin

Ya Ikhwanil Muslimin

Wednesday, April 8, 2009

Menggegarkan Dunia Melalui Kerusi Roda


SYEIKH AHMAD YASSIN

Syeikh Ahmad Yassin dibesarkan di sebuah kampung bernama al-Jora, daerah Majdal dalam wilayah Asqalan pd tahun 1938. Beliau dan keluarganya terpaksa berhijrah ke semenanjung Gaza. Membesar sebagai pelajar yang cemerlang dalam bidang akedemik malah amat aktif dalam bidang sukan. Tidak hairanlah beliau menjadi pelajar yang paling di sayangi oleh guru-guru sewaktu di sekolah. Pada zaman muda, beliau ditampa kemalangan yang menyebabkan beliau lumpuh pada bahagian kaki.

Pada tahun 1964, beliau melanjutkan pengajiannya ke Universiti Ain Shams di Kaherah, namun pengajiannya tergendala disebabkan beliau dipenjara selama sebulan oleh pihak Berkuasa Mesir kerana penglibatannya dengan Ikhwan al-Muslimin pd tahun 1966. Akhirnya beliau dihantar pulang ke Gaza dan ini tanpa sempat menamatkan pengajiannya. Kepulangannya ke Gaza telah menyaksikan beliau bergerak aktif memperjuangkan Islam sebagai seorang guru bahasa Arab dan juga Khatib di Masjid Gaza.
Selama usahanya sebagai pendakwah yang telah gigih mendidik anak-anak muda dan remaja, beliau telah menubuhkan sebuah pertubuhan yang diberi nama Mujamma al-Islam pd tahun1973 yang menjaga kebajikan pelarian-pelarian Palestin. Pada tahun 1987 pula telah menyaksikan Syeikh Ahmad Yassin dan rakan-rakannya telah menubuhkan HAMAS sebagai gerakan pembebasan Islam. Ini kerana Negara Arab tidak lagi berminat untuk memerdekakan Palestin dan Masjid Al-Aqsa, begitu juga dengan gerakan PLO yang semakin mengikut telunjuk rejim Zionis.


Sepanjang perjuangan jihad beliau, rumahnya selalu bertukar tempat malah penjara menjadi singgahannya. Kesan penahanan oleh pihak rejim Zionis, beliau mengalami lumpuh seluruh badan kecuali kepala sahaja. Beliau juga mengalami hilang penglihatan mata kanan dan juga kekaburan penglihatan pada mata kiri selain masalah pendengaran akibat deraan dan seksaan yang dialaminya. Sept 2000 menyaksikan tercetusnya Intifadhah kedua selepas perdana menteri israel, Ariel Sharon mencemarkan Masjid Al-Aqsa bersama 200 tenteranya dengan menaiki Masjid Al-Aqsa denagn kasut. Ia memberi impak yang besar terhadap rejim Zionis.



Namun, pada subuh 22 March 2004, pihak Zionis menyerang Syeikh Ahmad Yassin semasa beliau dalam perjalanan pulang dari masjid selepas selesai solat Subuh secara berjemaah. Tiga buah roket yang dilancarkan dari Apache ke arah beliau yang lumpuh lagi tidak bermaya. Anaknya turut menemui syahid di situ bersama 3 orang yang lain.



SUBHANALLAH!!! Zionis yang pengecut itu sanggup membunuh seorang yang tua dan juga lumpuh dengan cara yang PENGECUT!!!

No comments:

Post a Comment