Proflie of Mujahidin

My photo
just a man that wanted to be a mujahidin

Ya Ikhwanil Muslimin

Friday, April 24, 2009

Mulakan Dengan Niat

Sesungguhnya pada setiap diri seorang muslim atau muslimah itu ada sesuatu yang mengukuhkan amalannya, yang mengukuhkan ketaqwaannya agar tiada lagi hijab yang jadi penghalang seorang muslim itu dengan Penciptanya, ALLAH SWT..........NIAT, Sabda Nabi Muhammad SAW :

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ .
[رواه إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبة البخاري وابو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة]

Maksudnya:

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah e bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan( ) tergantung niatnya( ). Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya ( ) karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.
(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kita Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang) .

Disebabkan niatlah kita mempunyai dua pilihan iaitu dosa atau pahala. Jika amalan/pekerjaan yang kita lakukan itu semata-mata kerana ALLAH SWT dan untuk kebaikan Islam, pastinya kita mendapat pahala...manakala jika kita melakukan sesuatu pekara dengan berniat untuk riak dan sebagainya kita akan menempah dosa walhal perkara yang kita buat itu perkara yang 'hasan' tetapi ianya rosak akibat NIAT kita. Hadis di atas menceritakan tentang hijrah seseorang itu bergantung pada niatnya, dimana kalaulah ia berhijrah kerana ALLAh dan RASULNYA maka hijrahnya akan menuju kearah ALLAH dan RASULNYA ..dan jika seseorang itu berhirah kerana dunia[perkara2 duniawi] maka ia akan mendapatnya......

Namun sudah tentunya sebagai seorang muslim, kita hendaklah sentiasa bemuhasabah selalu bagi memperbaiki tujuan dan niat kita sebenarnya sebelum kita mula mengerjakan sesuatu amalan/pekerjaan.....biarlah niat dan tujuan kita semata-mata untuk mendapatkan keredhaan daripada ALLAH SWT

4 comments:

  1. akhi,
    nak cari buku tentang revolusi iran dari mana?
    atau buku2 yang berkaitan

    ReplyDelete
  2. popular maybe.....[ahmadinejad singa baru dalam dunia islam] n banyak lagi tapi mungkin x ada kat kedai...

    ReplyDelete
  3. pustaka seri intan, muda osman and Popular

    ReplyDelete